Jauh benar kita berkelana
Mungkin ada yang sudah mencapai bintang cemerlang hidupnya
Ada juga yang masih bermain pasir lumpur kegagalan
Sesekali Tuhan membisik dugaan,
Kau diberi kejayaan menjulang nama setinggi bintang kejora
Bukan bermakna selamanya kau di situ
Bekerlipan memberitahu penduduk bumi
Kaulah yang pemberi bahagia
Tiba saat penduduk bumi tahu
Kau bukanlah bercahaya kerana dirimu
Kau sama sahaja seperti bulan
Menumpang sinar mentari
Untuk mencipta bahagia di hati manusia
Saat itu kau tak beerti lagi
Dirimu sudah sirna
Hilang dalam keindahan
Dustamu menjadi nista di hati manusiawi
Zubair Mustafa
9 Disember 2013, 11:10 am
Darul Hikmah, UIAM
Mungkin ada yang sudah mencapai bintang cemerlang hidupnya
Ada juga yang masih bermain pasir lumpur kegagalan
Sesekali Tuhan membisik dugaan,
Kau diberi kejayaan menjulang nama setinggi bintang kejora
Bukan bermakna selamanya kau di situ
Bekerlipan memberitahu penduduk bumi
Kaulah yang pemberi bahagia
Tiba saat penduduk bumi tahu
Kau bukanlah bercahaya kerana dirimu
Kau sama sahaja seperti bulan
Menumpang sinar mentari
Untuk mencipta bahagia di hati manusia
Saat itu kau tak beerti lagi
Dirimu sudah sirna
Hilang dalam keindahan
Dustamu menjadi nista di hati manusiawi
Zubair Mustafa
9 Disember 2013, 11:10 am
Darul Hikmah, UIAM
No comments:
Post a Comment