Sunday, April 23, 2017

2016- Tahun Yang Bermakna Buat Seorang Zubair

Tahun 2016 adalah tahun ynag sangat indah untuk diceritakan oleh seorang Zubair. Menamatkan peperiksaan terakhir pada 11 Januari dan status graduasi disahkan oleh Senat pada 26 Februari. Pengangguran 4 bulan yang cukup merimaskan.

Daripada tak buat apa lebih baik, join program SL1M. Program SL1M yang akusertai under Manpower merupakan program kerjasama dengan Khazanah. Program selama 10 hari in class training ini banyak pendedahan kepada aku terutama cara komunikasi. Seronok sangat sebab ini pengalaman pertama berinteraksi antara pelbagai kaum.

Penghujung 10 hari training, akhirnya akudapat tawaran kerja sebagai Customer Service Executive in OCBC. Walaupun jauh lari dari bidang aku belajar, aku terpaksa mengakui keadaan ekonomi semasa yang mendesak ketika ini. Kejatuhan mata wang dan kemelesetan ekonomi menyebabkan  peluang pekerjaaan begitu terhad.

Maka, bermulalah kerja sebagai CSE di OCBC Contact Centre Menara TM bermula 23 Mei 2016. Hampir 2 bulan training. Selebihnya, proses waiver kad kredit. Pekerjaan sebagai CSE ini sangat tertekan disebabkan tekanan dari customer dan manager. Lebih-lebih lagi, I served Singaporean customers in this contact centre. Namun, hasil pendapatan dari bekerja sinilah aku dapat berbelanja untuk hari raya dan keluarga. Gaji yang ditawarkan agak lumayan sekitar 2800 sebagai fresh graduate. Tetapi, tekanan kerja juga lebih tinggi dan menyebabkan kerjaya sebagai budaya keluar-masuk adalah fenomena biasa di contact centre.

Hari terakhir aku di OCBC Contact Centre atau nama rasminya E2Power Sdn Bhd adalah pada 30 Ogos 2016. Sebab aku berhenti, sebab ini aku rasa masa yang terbaik untuk aku kejar cita-cita selagi waktu muda tiada komitmen. Aku sebenarnya memang dah mohon untuk sambung Master dan memandangkan kelas untuk Master bermula pada 5 September, aku kena juga berhenti bulan Ogos. Money is not everything, but passion will bring you further.

Maka bermulalah kehidupan menjadi pelajar kembali. Masih di tempat yang sama tapi persekitarannya mungkin berubah.

Tidak mempunyai banyak masa untuk bercerita panjang sebab semakin sibuk dengan kajian di tahun 2017 ini. Biarkanlah gambar dan 'caption' di bawah bercerita:

Akhirnya, saya berjaya menamatkan pengajian, Sains Politik dari tempoh normal
4 tahun kepada 3 tahun.


 Dianugerahkan Anugerah Al-Mawardi (Pelajar Tebaik Sains Politik), UIAM 2016


Penerima anugerah-anugerah KIRKHS bersama Dekan, Prof. Dr. Rahmah


Saya telah membayar penat lelah saya di samping pengorbanan tidak ternilai mama
dan ayah saya

Pensyarah-pensyarah Jabatan Sains Politik, UIAM




Kisah saya tular di laman OhBulan!
Untuk membaca, SILA KLIK



Penghargaan kedua saya terima, dianugerahkan
Pelajar Terbaik Yayasan Cemerlang


Yayasan Cemerlang telah menaja saya sepanjang pengajian saya.



Yayasan Cemerlang merupakan idea asal dan dinaungi oleh Tun Rahah  


Bersama CEO Yayasan Cemerlang, Assoc. Prof. Dr. Hafriza Burhanuddin







Semoga 2017 dan mendatang adalah tahun-tahun yang lebih baik buat kita semua

No comments: