Sementara menunggu waktu berbuka puasa ni, apabila melihat juadah berbuka pastinya ingatan melayang kepada masakan arwah mama suatu ketika dahulu. Semua tu dah berlalu. Hanya tinggal sebuah kenangan yang cukup manis untuk diingati bersama titisan air mata.
Sesibuk mana pun aktiviti harian mama, beliau jarang sekali tidak memasak untuk juadah berbuka. Paling tidak beliau akan memasak menu paling ringkas. Sebagai tambahan, mama akan menyuruh aku membeli kuih di bazar.
Sepanjang ingatan aku, menu juadah berbuka puasa kami jarang sekali nasi putih sepanjang berbuka puasa bersama arwah mama. Kami lebih sukakan makan makanan berasaskan mee, bihun atau pun kuey teaw. Jika nasi pun, pasti nasi yang berwarna seperti nasi ayam atau nasi goreng udang kegemaran kami adik beradik.
Pernah suatu ketika, ketika aku Form 2 tinggal di asrama, aku menelefon mama untuk menu berbuka kepulangan aku hari Jumaat. Menu yang aku minta pada ketika itu ada tiga; nasi ambeng, kuih buah melaka dan satu lagi aku terlupa. Sepulangnya aku, aku melihat mama sedang menyediakan menu2 itu. Betapa hati ini bila mengenangkan peristiwa itu.
Apa sahaja yang aku mahu makan, mama akan masakkan. Biarpun aku sudah tahu memasak masakan itu, tetapi aku akan tetap menyuruh mama memasakkannya kerana rasanya berbeza sekali. Terbayang-bayang lagi di mata sambutan kepulanganku dengan hidangan seperti nasi himpit rendang ayam, soto, pecal, cucur kuah kacang, mee kuah, dan macam2 lagi.
Sehingga hari ini, adakalanya mahu kembali ke masa silam menikmati semua itu. Tiada galang gantinya air tangan seorang ibu itu. Mama, I miss u...
Semoga rohnya tenang dan ditempatkan bersama-sama ornag yang beriman. Ameen..

2 comments:
WEH BE STRONG BROOO.....AKU DOAKN YG TRBAIK
Said,Thank You
Post a Comment