Friday, February 26, 2016

Izinkan Aku Memetik Bintang

Assalamualaikum w.b.t buat pengunjung blog Zubair Mustafa yang telah pun terbiar lama. Namun begitu, entri berkenaan Notes sentiasa diupdate dari semasa ke semasa.

Saya telah pun menamatkan zaman degree saya di IIUM pada 27 Januari yang lalu bila keputusan peperiksaan akhir dikeluarkan. Status graduasi saya telah disahkan oleh Senat kira-kira 2 minggu yang lalu. Syukur yang tidak terhingga kepada Tuhan yang telah memberi peluang dan rahmat sepanjang perjalanan saya di IIUM. Entri kali ini menyajikan perjalanan hidup saya sebagai pelajar Sains Politik di IIUM.

Izinkan saya berkongsi dan berbicara dari hati kali ini...

Minat itu dipupuk sejak dari kecil
Saya dilahirkan dalam sebuah keluarga berpendapatan rendah, tinggal di sebuah kampung yang terletak berhampiran pekan Tanjong Karang. Ketika saya di bangku tadika pada tahun 1999 minat saya kepada dunia politik mula terdidik dengan membaca akhbar-akhbar ketika itu. Di rumah saya tidak ada television ketika itu dan akhbar ini lah menjadi bahan bacaan saya yang ketika mana politik Malaysia sedang bergolak disebabkan pemecatan pucuk pimpinan parti dan pilihanraya yang menjelang tiba.

Saya berasa diri saya lain benar dengan anak lain yang gemar membaca komik manakala saya mahu fakta. Mungkin kerana saya lahir dalam keluarga pendapatan rendah dan mahukan solusi yang membawa saya keluar dari kesusahan. Minat ini berlanjutan hingga ke bangku sekolah. Saya begitu minat akan debat, isu semasa dan pengucapan awam. Protokol juga adalah perkara yang menjadi tarikan pada saya.

Saya masih Allahyahamah ibu saya begitu gemar mengajak kami adik beradik ke Perpustakaan Awam di pekan Tanjong Karang. Di dalam perpustakaan ini, terdapat koleksi buku biografi tokoh-tokoh politik yang begitu menyuntik semangat saya untuk rasa lebih dekat. Malangnya polisi peminjaman buku ketika itu tidak membenarkan saya meminjam buku-buku biografi ini, maka habislah masa saya di perpustakaan ini bersama buku-buku ini. Mungkin juga tenggelam dalam angan-angan untuk menjadi seperti tokoh-tokoh politik.

Pilihan yang mesti dilakukan
Saya menamatkan pendidikan menengah saya pada tahun 2010. Keputusan SPM saya agak baik ketika itu. Saya mendapat tiga tawaran. Tawaran pertama saya, Kolej Matrikulasi Selangor dalam bidang Perakaunan. Saya sedar saya bukanlah berminat sangat bidang perakaunan ini. Mungkin nasib sahaja menyebelahi saya mendapat B+ dalam Prinsip Perakaunan SPM dan LCCI Pangkat 2. Maka, saya fikir lebih baik saya tunggu tawaran lain dahulu, kalau tiada, barulah ke sini jalan saya.
Tawaran kedua menyusul melalui UPU. Sebelum itu, ketika saya mengisi borang UPU, pada pilihan pertama saya sudah pun mengisi Asasi Sains Kemanusiaan pada pilihan pertama. Antara sebabnya ialah saya tahu melalui Sains Kemanusiaan saya boleh memilih Sejarah atau Sains Politik sebagai pengkhususan ketika di main campus. Ini kerana pada ketika itu saya juga meminati sejarah. UIAM pastinya merupakan pilihan kerana itu adalah cita-cita gemulah mama saya ketika hidupnya mahu saya ke situ. Selain itu, pilihan 2-4 ketika itu adalah kursus Undang-Undang di USIM, UIAM dan Pentadbiran Awam UiTM. Pada hari keputusan dikeluarkan, akhirnya kegembiraan menanti saya dengan Asasi Sains Kemanusiaan di UIAM.

Tidak lama dalam dua minggu kemudian, keputusan temuduga Kursus Perguruan Lepasan SPM dikeluarkan dan saya berjaya mendapat tawaran di IPG Bukit Mertajam dalam bidang Pengajaran Sejarah untuk Sekolah Kebangsaan. Persediaan ke UIAM telah pun saya lakukan hamper selesai, maka saya terpaksa tolak KPLSPM. Begitu ramai yang mengkritik saya pada ketika itu kerana menolak tawaran IPG yang tentu-tentunya menawarkan pekerjaaan selepas graduasi. Saya bukan tidak minat Sejarah tetapi saya percaya dengan berada di dalam Asasi Sains Kemanusiaan saya dapat meneroka lebih banyak bidang dan tidak tertaluk kepada ilmu pengajaran.

Jujur saya akui, saya memang minat mengajar. Tetapi minat saya kepada ilmu sosial lebih mendalam. Maka, saya memulakan alam pra universiti saya di Pusat Asasi UIAM dan pastinya saya tidak menyesal dengan pilihan yang saya pilih.

Kisah anak kampung kurang berbahasa Inggeris ke universiti
Saya akui saya memang lemah berbahasa Inggeris dan itulah cabaran terbesar saya di UIAM. Saya begitu bersungguh-sungguh mempelajari Bahasa Inggeris bila saya mahu mengambil SPM. Dengan bantuan Teacher Farahdila dari kelas lain, saya cuba beberapa minggu hantar esei yang berterabur tatabahasa untuk jawab SPM. Alhamdulillah, boleh la dari tidak ada dan saya dapat A- untuk Percubaan SPM dan B ketika SPM. Itulah titik mula saya mula belajar Bahasa Inggeris.

Maka, apabila tiba di Pusat Asasi (CFS), IIUM, perkara penting ketika minggu orientasi (Taaruf Week) adalah English Placement Test dan Arabic Placement Test. English saya berterabur ketika itu sebab lima bulan dah ditinggalkan sampai berpeluh-peluh menjawab soalan EPT. Arabic pun lebih kurang macam dah ke laut rupanya. Maka, akhirnya English saya berada di Level 4 dan Arabic Level 3 (tidak perlu ambil Arabic di CFS, hanya mula di main campus).

Dua ujian di atas menentukan tempoh masa di CFS. Sebab saya Level 4, makan satu tahun setengah pelan pembelajaran di CFS. Saya perlu lulus Level 4, 5 dan 6 sebelum ke kampus utama, Gombak yang bermakna tiga semester belajar English. Level 4 memerlukan 16 jam seminggu kelas English dan menyebabkan saya tidak dapat mengambil kursus-kursus utama. Rasa rendah diri sangat bila rata-rata kawan sebilik saya berada di Level 5 & 6. Maka bermulalah kelas 16 jam seminggu bersama Madam Kurais yang begitu bersungguh mengajar dan saya cubalah juga fahamkan. Takdir Tuhan itu maha indah dan manis dalam hidup saya apabila melalui peperiksaan akhir saya ‘exempted’English yang mana tak perlu lalui Level 5 dan 6. Sangat indah takdir ini.

Maka saya menjalani 2 semester berbaki dengan kursus-kursus tanpa perlu bimbang mengenai English Test lagi. Bagaimanapun saya percaya English saya berubah melalui assignments saya dari CFS ke tahun pertama degree hingga semester akhir.Alhamdulillah, keputusan dua semester berikutnya menunjukkan saya memang berminat terhadapa program ini. Maka, hati saya berkata, saya telah pun memilih jalan yang betul.

Nikmat manakah lagi yang ingin kita dustakan?
Saya seorang yang tak boleh duduk diam ketika bercuti. Mungkin kerana rumah saya tidak cukup mewah untuk berehat. Maka setiap kali cuti bermula lepas SPM, saya mesti berkerja. Selepas SPM, saya bekerja di bahagian ikan di Tesco. Tak mengapalah busuk, janji saya ada duit yang saya boleh gunakan sendiri tanpa meminta pada ayah dan saya tidak bosan. Sementara, menunggu cuti semester perpindahan kampus Nilai ke PJ, saya bekerja sebagai kerani di Masjid Kota Damansara. Ketika menunggu kemasukan ke kampus utama, saya bekerja sebagai pelayan restoran di Station Kopitiam. Itulah kerja yang saya lakukan dan saya beli barang yang saya inginkan seperti handphone menggunakan duit saya bekerja.

Saya memulakan pengajian di peringkat ijazah tanpa membuat pinjaman. Saya masih ingat di awal minggu-minggu bermula semester,saya terpaksa kawal perbelanjaan. Duit gaji saya sebagai waiter lambat bayaran ceknya kerana cuti Tahun Baru Cina. Ikut perutlah sedikit. Saya masih ingat ketika saya tidak ada duit ketika malam kelaparan, kawan saya belanja saya roti canai buat alas perut menahan lapar. Saya sangat-sangat ingat saat itu dan sehingga kini saya masih terharu.

Namun Tuhan itu tidak akan selama-lamanya membiarkan nasib kita diuji. Pada suatu petang Jumaat penghujung bulan Februari, saya buka emel saya dan pada saat itu air mata saya sebak saat saya mendapat surat penawaran biasiswa Yayasan Cemerlang melalui Tun Rahah Scholarship Award. Saya mengisi permohonan sebelum kemasukan ke Gombak dan saya tidak menjangka saya akan diterima. Saya dimaklumkan antara hampir ribu permohonan, sepuluh permohonan sahaja diluluskan untuk kali itu dan buat kali pertama tajaan kepada dua pelajar UIAM, yang mana seorang lagi pelajar Law.

Begitulah saya melakarkan yang hidup saya sentiasa dihargai oleh Allah dan saya tidak akan pernah lupa saat-saat saya ingin bangun dari kesakitan. Saya rasa dihargai dan saya merasakan pilihan saya untuk berada di sini adalah tepat.

Dari 4 tahun ke 3 ½ tahun ke 3 tahun… Cerita seorang Zubair
Saya merupakan seorang yang mempunyai sifat ingin tahu, berangan-angan dan merancang. Saya suka kata, apa yang boleh membuatkan diri aku berbeza dengan orang lain? I believe that I am the chosen one- satu ayat yang sentiasa memotivasikan saya. Perkara pertama sebelum saya memulakan kehidupan di kampus utama, saya rancang study plan saya, saya fikir nak buat 3 tahun setengah la. Maka saya pun mulakannya.

Semester 1- Saya mulakan dengan 15.5 credit hours (CH). Saya rasa semester ini saya agak santai. Saya ambil 2 subjects Introduction- Political Science and Communication, 2 subjects IRK- Revelation as Source of Knowledge and Science of Hadith, Arabic Level 3 and Study Circle 2. Alhamdulillah, saya tak begitu rasa sangat tekanan semester ini.

Short Semester 1- Macam saya katakana sebelum ini, saya tidak boleh duduk berehat terlampau lama. Saya lemau. Ini merupakan semester pendek terakhir kali KIRKHS menawarkan subjek. Maka, strategi saya, saya rebut subjek KIRKHS sahaja tanpa CELPAD- sebab semester pendek berikutnya CELPAD akan tawarkan subjek. Maka saya ambil Introduction to History and Civilization and Introduction to Law and Government ditambah dengan Tilawah 2. Kebiasaannya, orang lakukan 6 CH, saya cabar diri jadikan 7 dan alhamdullilah, saya mampu lakukan.

Semester 2- Ini momentum yang saya rasa perlu lakukan anjakan. Saya mula tambah CH jadikan 18.5. Saya cabar diri saya ambil 4 subjek utama Political Science- Introduction to Economics, Public Administration, Modern History of Europe and Political Thought 1. Saya masih ingat ketika ini saya berada di kelas Modern Europe bersama senior. Saya terlampau gelojoh nak ambil core course. Ditambah 1 course IRK- Science of QurĂ¡n dan 1 course Introduction to Psychology. Sekali juga dengan co-curricular course, Leadership and Management. Sesungguhnya saya dapat merasakan ini semester permulaan mencabar since I have zero knowledge about Europe and I thought I will fail this course. Ditambah pula dengan kelas Introduction to Economics pada waktu malam sebab lecturer part time yang ajar. Pernah suatu malam saya menangis sebab draf laporan subject cocu saya kena reject during consultation pada waktu malam. Sedangkan esoknya saya, ada satu midterm dan satu test yang saya tak study pun lagi. Tetapi, sungguh rahmat Tuhan itu Maha Luas, inilah semester yang paling manis dalam hidup saya sebab saya berjaya skor 4 flat. Ketahuilah jua, midterm dan test yang saya katakana itu kedua-duanya, markah penuh. Apa yang ingin saya katakana, bukan mahu highlight kejayaan, tapi ketahuilah setiap kesulitan itu ada kemudahan. Pasti. Itu janji Tuhan.

Semester 3- Semester ini saya berhasrat ambil 21 CH. Tapi saya kurangkan subjek menjadi akhirnya 15.5 CH. Ini kerana saya cuba sibuk kan diri dengan aktiviti kokurikulum pula. Semester ini saya berjaya habiskan core course Level 2- International Relations, Research Methodology and Comparative Politics ditambah dengan Arabic Level 4 dan Introduction to Sociology. Rasa macam awal benar habiskan core course Level 2.

Short Semester 2- Ini semester pendek saya terakhir berada di IIUM sebab semester pendek berikutnya saya ingin menjalani internship. Disebabkan kulliyyah tidak tawarkan subjek, maka saya habiskan subjek CELPAD, Arabic Level 5-level terakhir dan Bahasa Melayu Kerjaya. Semester ini dugaan mendatang apabila 4 hari terakhir Ramadan, saya dijangkiti demam denggi. Pagi Syawal pertama saya di hospital dan saya bercuti selama seminggu daripada kelas. Begitulah rencana kehidupan, kita diuji untuk berehat.

Semeter 4- Inilah titik perubahan study plan saya. Saya cabar diri saya ubah study plan dari 3 tahun setengah kepada 3 tahun. Saya rasa cabaran ini menarik. Saya ambil lima subjects Political Science- The Abbasid Caliphate, Political Thought II, Comparative Politics in the Muslim World, Ethnic Politics in Malaysia and Malaysian Political Ideas and Experiences. Tambah dengan 2 IRK subjects- Methods of Da’wah and  Creative Thinking and Problem Solving dan 1 skill- First Aid Skill 1. Semua menjadikan 21.5 CH. Ujian Tuhan menjadikan saya lebi kuat. Pertengahan November, saya diserang muscle pain yang sangat teruk dan kadangkala bacaan darah saya menaik menyebabkan sering sakit kepala yang sangat serious. Pain killer menjadi teman saya ke mana-mana. Namun, Tuhan masih membenarkan saya meneruskan semester ini dengan jayanya.

Semester 5- Saya masih mengekalkan momentum yang sama dengan 21.5 CH. Kali ini 4 subjects Political Science- Survey of Political History, Public Personnel Administration, International Political Economy and Issues in Malaysian Politics. Ditambah dengan English for Academic Writing and 2 IRK subjects- Introduction to Fiqh and Reflections on Prophetic History di samping skill class terakhir, First Aid Skill II. Rasa sakit tu masih ada tetapi masih boleh di kawal. Alhamdullillah, I manage to survive.

Short Semester 3- Semester ini saya tidak berada di kampus. Saya berada di Institut Tadbiran Awam Negara (INTAN) Bukit Kiara menjalani internship selama lapan minggu. Banyak perkara saya belajar dalam pengurusan awam di jabatan saya, Kluster Pengajian Dasar Awam dan Governan. Saya dilayan seperti keluarga di sini dan sentiasa rasa dibantu dalam setiap tugas. Cepat benar masa berlalu 8 minggu di INTAN.

Semester 6- Semester terakhir saya di IIUM. Paling berat saya ambik 8 subjek dengan 22 CH. Tak terungkapa rasa penatnya. Saya keluar bilik pkul 9 atau 10 pagi, pulang 11-12 malam. Masa saya banyak dihabiskan di centre. 5 Political Science courses- Government Finance, International Organizations, Political Economy of Malaysia, Advanced Research Methodology and Islamic Principles and Practices for Public Admin, 1 IRK-Islamic Aqidah, 2 Languages- Language for Occupational Purposes and Mandarin Language. Sungguh saya tidak menyangka saya mampu bertahan untuk semester ini. Bergitulah ketentuan Tuhan dengan syarat usaha dari hambanya.

Perjalanan penuh minat dan harapan
Seringkali saya berkata kepada kawan-kawan saya dan juga adik-adik saya, lakukan apa yang kita minat supaya kita dapat lakukannya dengan yang terbaik. Bua tapa kita paksa diri kita mencapai satu yang kita minat. Umpamanya, kita menanam gandum tetapi makanan ruji kita adalah nasi. Bila kita minat, pastikan minat kita itu adalah yang kita mampu lakukan yang terbaik. Jangan paksa diri kita menjadi hamba kepada kehendak orang lain. Kita yang akan menjalani umur kita dan sia-sialah kita melakukan sesuatu tanpa faedah yang menggembirakan kita.

Bila kita minat sesuatu kita pasti ada harapan. Harapan saya adalah untuk berkongsi hidup saya, apa yang saya miliki. Itulah harapan. Biarlah saya menjadi ahli akademik bila tiba masanya. Saya tidak meminta hidup saya menjadi jutawan, cukuplah saya diberi ruang di dalam dunia akademik agar saya boleh berkongsi dengan bangsa saya, ummat Islam agar mereka dapat lakukan apa yang terbaik untuk apa yang kita minat. Sesungguhnya percayalah penciptaan manusia berbagai naluri dan minat dan jika dioptimumkan, itulah kekuatan yang melengkapi.

Knowledge and teachers
I believe that everybody must agree with me that knowledge is something that can change life as told by Mandela, knowledge is weapon to remove poverty. When I was kid, in my hometown, there was a sign board telling villagers, Hanya Pendidikan Yang Mampu Mengeluarkan dari Kemiskinan (Only Education can Withdraw Us from Poverty). This quotation give big impact to me when I was kid.

Knowledge should be appreciated. The history keep telling us what is the result of the people who rejected knowledge. Early prophetic history told us the ending of Pharaoh who reject the existence of Allah as an Ultimate Source of Wisdom. Look at the ending of Mughals today who overthrown the Abbasid caliphate by throwing books and manuscripts of this civilization until the water became dark. Today, they are underdeveloped and we lost our prosperous period of knowledge. Therefore, what I want to tell you here, appreciate and respect the existence of knowledge.

When we are mentioning about knowledge, teachers are the medium of knowledge. I was brought up by hundreds of teachers started from my parents who teach me about life up to this moment when anyone teach me what live is all about. Sincerely speaking, I am not the boy who keep reading for everything just for the sake of final exam. What I did is I keep appreciating what my teachers or lecturers tell us to people surround me. I keep making my lecturers as my model for my career aspiration. I respect them even sometime I afraid to ask them since I know their level of knowledge. I avoid myself asking snobbish or stupid questions since for me it is kind of insult to the body of knowledge. To be honest, I have my hatred to those who asked questions in class in the condition they know the answer and the question aimed to test lecturer or their friend’s knowledge. It way to gain popularity, I guess. I hate it, seriously.

As part of my appreciation to my lecturers throughout my degree life in IIUM, here I would like to commemorate my lecturer’s efforts and endless guidance.

My highest thanks to:
  1. Dr. Normala- my first Political lecturer through my introductory course, Intro to Political Science followed by Public Administration and Public Personnel Administration. Her classes give me well prepared knowledge for Internship. Thank for being one of my referees in my resume.
  2. Dr. Khairil Izamin- some call me Khairil Izamin Jr. I don’t know what is their solid reason. Looking Dr. Khairil make me inspired to become academician in the early age. Thanks for his inspiring political theory classes through Political Thought I, II subjects and Malaysian Political Idea and Experiences. Thank also becoming my academic referee.
  3. Dr. Tunku Mohar- A very supportive head of department and lecturer. I was with his class for 5 semesters including Internship. I started with zero during Modern History of Europe class followed by International Relations class. He also develop my interest in Malaysian politics through his classes on Issues in Malaysian Politics and Ethnic Politics in Malaysia.
  4. Assoc. Prof. Dr. Md Moniruzzaman- For 3 semesters with him, easy going lecturer through his classes on Comparative Politics, Comparative Politics in the Muslim World and International Political Economy.
  5. Prof. Dr. Wahabuddin- His class is living class, full of joke and teasing. The interesting point he took half an hour checking and taking attendance of students but I know his real intention is to know more about his students.
  6.  Dr. Muhammad Rashaad- 2 semester with him through Research Methodology and Political Economy of Malaysia classes. Easy going and teach lots about life.
  7. Dr. Norhaslinda- My real guider in research. She teach me in detail and thorough about research. She never complained when students asked her to repeat the lesson through her classes on Advanced Research Methodology.
  8. Assoc. Prof. Dr. Ishtiaq- a fatherly figure lecturer who teach his students on what the world politics really functioned. He did not teach the lessons only based outline but real knowledge.
  9. Prof. Dr. Abdi- a lecturer who want teach history who cannot be simply look as history. He teach us how to make the Abbasid Calipahte into modern practicality.
  10. Assoc. Prof. Dr. Garout- A lecturer who keep patient on the demand and problem of students in his Government Finance class.
  11. Assoc. Prof. Dr. SM Abdul Quddus- a lecturer who keep telling us on how to become an Islamic bureaucrats and well-mannered in conducting public administration. He brought us looking Public Admin from Islamic perpsoective through his class on Islamic Principles and Practices for Public Administration.
  12. Madam Zurul Aisya- a lecturer who develop my interest in economic through her class on Introduction to Economics. Even though it was a night class, her teaching made me energetic.
  13.  Mr. Abbas- my Introduction to Law and Government. His knowledge on laws is very broad since he is not only a lecturer but also a practitioner of law. Very close to us even though he was a Dean of CFS for many years.
  14. My introductory courses for Human Sciences- Mr. Amran for Introduction to Mass Communication, Dr. Wan Suhana for Intro to History and Civilization, Mdm. Zarina for Intro to Psychology and Dr. Jamel for Intro to Sociology.
  15. My IRK courses lecturers- Dr. Mohd Shah for Revelation as Source of Knowledge class, Dr. Che Omar for Science of Hadith, Dr. Osmani for Sc. of Quran, Mdm. Norzatu Amni for Reflections of Prophetic History, Dr. Wan Mazwati for Creative Thinking and Problem Solving, Dr. Miszairi for Intro to Fiqh and Assoc. Prof. Dr. Abdul Salam for Islamic Aqidah and Methods of Da’wah.
  16. My Languages Courses Lecturers- Dr. Nurulhuda for Arabic Level 3 & 5 and also one my of my referees, Ustazah Azzeleena for Arabic Level 4 and Ustaz Salah Awaddala for Arabic Level 5, Mdm Harvider Kaur fot English for Academic Writing, Mr. Shamsulanuar for Language for Occupational Purposes, Cikgu Bakri for Bahasa Melayu Kerjaya and Dr. Poey for Mandarin Language.
  17. My cocuricular instructors- Br. Ahmad Syarief for Study Circle II, Br. Abdullah Lai Zhi Jun for Leadership and Management Skills, Assoc. Prof. Dr. Mek Wok for Parenting and Family Management Skill, Sr. Suhaina for First Aid Skill I and Sr. Norshahida for First Aid Skill II.


Kawan yang memahami
Begitulah kondisi seorang sahabat, yang sentiasa memahami akan keadaan kita. Untuk saya sebutkan satu persatu adalah tidak adil dan mungkin tertinggal. Cukup lah saya lakarkan sifat rakan-rakan saya.
Rakan yang sentiasa memahami kesempitan rakannya lantas menghulur bantuan
Rakan yang sentiasa positif dan berusaha untuk menceriakan
Rakan yang sentiasa bersikap seperti seorang ayah dan pantas tanya apa yang tidak kena jika status media sosial menjadi murung
Rakan yang telus mengkritik apa yang salah
Rakan yang ada di sisi dan sentiasa menyokong kita sakit dan jatuh
Rakan yang memahami kesibukan rakannya dan akan luangkan masa bila kawannya berkelapangan
Rakan yang mengerti segalanya
Terlalu banyak jenis kawan, rakan dan sahabat yang ku temui dalam perjalanan ini. Pasti mereka mengerti siapa mereka berdasarkan diskripsi di atas.
Apa yang diucap, terima kasih tak terhingga, moga kita jiran di syurga Tuhan.

Perjalanan masih jauh kerana harapan terlalu tinggi
Ini adalah entri yang paling panjang saya pernah tulis dalam sejarah blog ini menghampiri 4000 patah perkataan atau bersamaan dengan 2 buah assignments Dr. Tunku Mohar kebiasaannya. Tapi entri ini tidak perlu ditapis ke dalam Turn-It-In. Alam universiti terlalu indah dan panjang pengkisahannya. Alam yang mana kita mempersiapkan diri kea lam pekerjaan dan bertemu banyak rakan yang sukar ditemui banyaknya begini dalam hidup.

Cita-cita saya terlalu tinggi untuk mengejar Doktor Falsafah sebelum fajar 2020 tiba juga sebagai ulang tahun ke 10 pemergian gemulah bonda saya pada 2019. Setiap kejayaan yang saya bina tidak lain tidak bukan untuk memastikan yang bonda saya bangga akan saya. Setiap kali mereka menyebut nama saya sebegitu jualah doa yang terbaik buat bonda saya.

Akhir kata, mengakhiri entri, izinkan saya mendiskripsi diri saya ini. Saya anak kampung yang dulunya bermula dari lembah mengerti harganya sebuah derita kehidupan tanpa pendidikan, cuba berusaha menggapai bintang supaya saktinya diri. Jika diizinkan Tuhan menggapai sinarnya bintang, biarlah sebelah tangan di bintang, sebelah lagi di bawah membantu mereka yang dalam sirnanya gelap malam.

Salam hormat,

Zubair Mustafa 

No comments: