Saturday, February 22, 2014

Bersyukurlah

Salam people.

I wish you have a great days.

Bersyukurlah dengan nikmat yang sedikit dan janganlah menjadi kufur nikmat. 
Seringkali bait-bait kata yang keluar dari mulut kita,
"alangkah jika itu lebih baik dari ini"
"alangkah bahagianya aku jika seperti dia"

Kita lupa sebenarnya ada yang lebih sengsara dari kehidupan kita. Kita lupa nikmat yang sedikit yang kita hargai lebih bernilai di sisi Tuhan dari derita yang banyak yang kita keluhi setiap hari.

Bersyukurlah dipinjamkan ibu bapa untuk seketika berbanding mereka yang lahir melihat salah satu daripadanya sahaja.
Bersyukurlah pula bagi mereka yang mempunyai salah satu ibu atau bapa Allah pinjamkan seketika, berbanding mereka yang dilahirkan dalam keadaan tak dialu-alukan oleh ibu bapa kerana taraf mereka yang tidak sah.
Bersyukurlah jika anda tidak sah taraf sekalipun kerana Tuhan masih memberi anda peluang bernyawa di bumi-Nya

Aku pernah menulis begini di wall facebook ,
"Jangan takut berjalan dalam lebatnya hujan jika kamu tahu ada pelangi yang menanti di hujungnya"

Kamu berasa seolah kehidupan tidak bermakna dan kamu tak berupaya melangkah, Al-Qur'an menjawabnya melalui ayat terakhir Surah al-Baqarah. Bacalah kalam-Nya, nescaya kamu temui jalan hidup ini.

SYUKUR dan USAHA adalah kunci kepada hidup. 
Apabila kamu diberi nikmat, bersyukur dengan kurniaan itu. Tetapi ingat hidup bukan terhenti di situ, bina masa hadapanmu dengan usaha. Semoga Allah merahmati usaha-usaha kita kejayaan di dunia dan akhirat.

May Allah bless you, my dear brothers and sisters