Saturday, December 3, 2011

SAMTK..satu kenangan dan iktibar

Lama rasanya tak update blog yang tak seberapa ni....bukan apa sibuk..bila tak sibuk idea pulak tak ade...yelah I x nak lah jadi blogger copy paste.I lebih rela follower dan entri sikit daripada copy paste hak orang lain.

Ya hari ni tengah godek2 laptop yang baru repair ni..tertengok gambar2 sekolah menengah dulu..sekolah menengah mana lagi kalau bukan SAM Tg. Karang...tengok pembangunan semakin maju..Hari tu lalu siap ada pagar batu lagi...alhamdulillah...

Bila sebut SAM Tg Karang ni segala perasaan timbul..kadang2 senyum sendiri teringat memori zaman mentah dulu,..kadang2 juga kecewa dengan beberapa perkara yang berlaku di SAMTK..

Tak perlu lah diungkit rasanya apa yang dikecewakan..hanya mampu memberi nasihat supaya SAM Tg Karang sentiasa terbuka dan lebih menfokuskan ke arah pembangunan dalam kewibawaan pelajar.Saya akui saya hanyalah insan biasa yang cuma melihat SAM Tg Karang sentiasa mampu melahirkan pemimpin yang berwibawa pada masa hadapan.

Jauh di sudut hati saya masih mahu melihat SAM Tg Karang sentiasa mampu menjadi agen pengeluar remaja yang berfikiran terbuka.

Yayayayaya..lupakan semua itu..Nak kongsi sedikit perkongsian lakaran memori yang mampu diceritakan melalui gambar2 ini:





masa form 3..jamuan hari raya...banyak yang dah pindah...
biarpun banyak peristiwa hitam..tapi pastinya kami
merindui saat ini




saat2 manis ketika kejayaan digapai...SMA 2009
MUMTAZ...

barisan pengawas saya tahun 2010...
biarpun banyak diperlekeh dan dipertikai...
saya yakin dengan kewibawaan dan kepimpinan saf pengawas ini..
maafkan saya kerana banyak program yang dirancang x dapat dijalankan..
terima kasih kerana sentiasa berada di belakang saya setiap waktu...



hanya mampu berkata..yang pengawas memang hebat..
we are team forum no. 1 in this school..




lawatan ke pwtc..memang itu lah setiap tahun
ni tahun 2010 punya edisi..

ini lah wajah 5 amanah..
wajah yang cemerlang...
setakat ini alhamdulillah semua berjaya...
terima kasih buat guru2 yang mendidik kami


oh ini gambar zaman kurus zaman muda dulu...
form 2..ini lah wajah kami



yang ini kawan2 saya..orang2 besar SAM Tg Karang...
asyraf:KA
yus:PKA
saya:lupe lah..hehehe...


ya biarpun kami sibuk sambung tadi....
Alhamdulillah kami masih sempat bertemu...
gambar masa raya di rumah Ckg. Haniza


Sekali lagi saya katakan saya masih merindui zaman itu yang telah berlalu...Harapan saya semoga SAM Tg Karang terus segar di mata masyarakat dan sentiasa mampu melahirkan pemimpin masa hadapan yang berjaya di dunia dan di akhirat...

***bila agaknya nak ambik sijil SPM...sibuk ni...